Tatacara menjalankan mut'ah Nikah_mut'ah

Mut’ah boleh terjadi dengan cara;

  1. Tanpa wali, saksi dan perisytiharan.[4]
  2. Di mana-mana sahaja di antara seorang lelaki dan seorang perempuan.
  3. Dengan perempuan Yahudi, Nasrani dan perempuan pelacur sekalipun.[5]
  4. Walaupun tidak mengetahui sama ada perempuan itu bersuami atau tidak.[6]
  5. Dengan perempuan dalam lingkungan umur yang tidak tertipu iaitu 10 tahun.[7]
  6. Dengan bayaran mas kahwin yang tidak terlalu besar, hanya memadai dengan segenggam gandum atau segenggam makanan atau buah tamar atau satu dirham bahkan kurang lagi dari satu dirham.[8]
  7. Dengan perempuan tanpa had. Ia tidak terbatas kepada empat orang sahaja.[9]
  8. Untuk jangkamasa tertentu seperti 2 tahun, 2 bulan, sebulan, seminggu atau sehari.[10]
  9. Dengan seseorang perempuan beberapa kali. Perempuan itu tidak haram kepada lelaki yang telah melakukan melakukan mut’ah dengannya walaupun beberapa pada kali yang ke-3 bahkan pada kali yang ke-1000 sekalipun.[11]
  10. Dengan bayaran maskahwin secara ansuran dan tidak memberi sebahagian daripada maskahwin mengikut keadaan hari atau masa keengganan perempuan bergaul dengan lelaki yang mengadakan aqad mut’ah dengannya. Misalnya mereka mengadakan akad mut’ah untuk 10 hari dan menentukan maskahwinnya sebanyak RM 100.00 tetapi si lelaki bimbang perempuan yang dia lakukan mut’ah dengannya itu tidak akan memenuhi tempoh yang dipersetujui itu maka bolehlah ia mengaqad mut’ah dengan bayaran maskahwinnya secara beransur-ansur. Jadi jika perempuan itu hanya memenuhi kepuasan lelaki tersebut selama 5 hari sahaja, maka lelaki itu perlu membayar RM 50.00 sahaja.[12]